Kesihatan merupakan satu aspek yang penting dan perlulah dijaga dengan
melakukan aktivit fizikal secara konsisten setiap hari. Namun, pada masa
pandemik Covid-19 ini, aktiviti senaman dilihat semakin berkurangan di kalangan
masyarakat Malaysia disebabkan oleh usaha kerajaan untuk membendung pandemik
Covid-19. Disebabkan oleh pandemik ini, masyarakat Malaysia tidak boleh menjadikan
hal ini sebagai alasan untuk tidak melakukan aktiviti senaman secara
bersendirian. Oleh sebab itu, kita perlu melakukan aktiviti berdasarkan prinsip
FITT dan piramid fizikal yang harus diikuti semasa melakukan aktiviti senaman.
FITT merangkumi 4 aspek latihan antaranya ialah Frequency (Kekerapan),
Intensitiy (Bebanan), Time (Masa), dan Type (Jenis). Sebagai contoh senaman
FITT ialah berlari serta berjalan kaki. Selain itu, Piramid Fizikal Aktiviti
diikuti dalam tips penjagaan kesihatan dengan usaha Kementerian Kesihatan
Malaysia mengesyorkan kadar masa aktiviti fizikal yang perlu dilakukan.
Sepanjang saya berada di IPG, saya sering melakukan
aktiviti fizikal di waktu petang bagi mengekalkan dan meningkatkan kadar
kecergasan tubuh badan. Hasil daripada keputusan pre segak saya sebelum ini,
saya mendapati bahawa diri saya tidak ‘fit’ ataupun cergas dan oleh sebab itu
saya mengamalkan rutin berjoging pada waktu petang. Sebelum itu, saya
menjalankan aktiviti regangan badan bagi mengurangkan risiko semasa
aktiviti fizikal. Sebagai contoh saya
berjoging di sekitar kawasan IPG, berjoging ke pantai dan berjoging menuju ke
kawasan sawah padi di dalam kampung. Di
sini saya telah melakukan aktivti fizikal mengikut Piramid Fizikal yang
disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Seterusnya,
saya juga melakukan aktiviti mendaki semasa berada di IPG hasil daripada usaha
pensyarah mengadakan aktiviti di luar kampus. Pengalaman mendaki Bukit Maras
merupakan aktivti pendakian saya yang pertama dan saya merasakan bahawa mendaki
adalah lebih mencabar dari setakat berjoging. Aktiviti ini memerlukan kekuatan
otot di seluruh badan dan juga stamina yang tinggi bagi mendaki sehingga ke
puncak. Bagi saya mendaki bukit adalah lebih mudah berbanding daripada menuruni
bukit. Hal ini kerana saya telah menghabiskan stamina untuk menaiki dan
menuruni bukit mempunyai cabaran tersendiri seperti tergelincir atau hilang
keseimbangan badan akibat dari tanah yang curam.
Saya juga turut mengamalkan prinsip FITT semasa melakukan
aktiviti senaman seperti aktiviti SEGAK yang dijalankan di dalam kelas GKK.
Saya melakukan aktiviti ini setiap kali sebelum memulakan aktiviti riadah
atauoun selepas bagi membina ketahanan fizikal badan secara menyeluruh. Sebagai
contoh, aktiviti SEGAK sepperti tekan tubi meningkatkan daya tahan kekuatan
otot manakala aktiviti jangkauan melunjur dapat meningkatkan tahap kelenturan
badan. Hasil daripada keputusan pre SEGAK memberi saya kesedaran bahawa saya
tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat dan saya mengharapkan agar kehidupan
saya di IPG ini dapat mengubah diri saya untuk menjadi seorang cikgu yang
cergas kelak.
Kesimpulannya, prinsip FITT dan Piramid Fizikal memberi
saya gambaran bagaimana aktiviti fizikal harus dijalankan dan secara tidak
langsung membantu saya untuk meningkatkan kecergasan saya sendiri. Saya sebagai
siswa guru perkukah mengambil serius tentang Prinsip FITT dan perlu berdisiplin
dalam melakukan aktiviti fizikal agar tidak menjadi seorang cikgu yang tidak
cergas. Subjek GKK ini juga membuka pandangan saya tentang kebaikan menjaga
kesihatan sendiri dan saya bersyukur untuk mempelajari subjek ini pada Semester
1 walaupun terdapat halangan Covid-19 pada masa ini.
No comments:
Post a Comment