Wednesday, November 25, 2020

PIRAMID FIZIKAL DAN PRINSIP FITT

 

Kesihatan merupakan satu aspek yang penting dan perlulah dijaga dengan melakukan aktivit fizikal secara konsisten setiap hari. Namun, pada masa pandemik Covid-19 ini, aktiviti senaman dilihat semakin berkurangan di kalangan masyarakat Malaysia disebabkan oleh usaha kerajaan untuk membendung pandemik Covid-19. Disebabkan oleh pandemik ini, masyarakat Malaysia tidak boleh menjadikan hal ini sebagai alasan untuk tidak melakukan aktiviti senaman secara bersendirian. Oleh sebab itu, kita perlu melakukan aktiviti berdasarkan prinsip FITT dan piramid fizikal yang harus diikuti semasa melakukan aktiviti senaman. FITT merangkumi 4 aspek latihan antaranya ialah Frequency (Kekerapan), Intensitiy (Bebanan), Time (Masa), dan Type (Jenis). Sebagai contoh senaman FITT ialah berlari serta berjalan kaki. Selain itu, Piramid Fizikal Aktiviti diikuti dalam tips penjagaan kesihatan dengan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan kadar masa aktiviti fizikal yang perlu dilakukan.




           


 

            Sepanjang saya berada di IPG, saya sering melakukan aktiviti fizikal di waktu petang bagi mengekalkan dan meningkatkan kadar kecergasan tubuh badan. Hasil daripada keputusan pre segak saya sebelum ini, saya mendapati bahawa diri saya tidak ‘fit’ ataupun cergas dan oleh sebab itu saya mengamalkan rutin berjoging pada waktu petang. Sebelum itu, saya menjalankan aktiviti regangan badan bagi mengurangkan risiko semasa aktiviti  fizikal. Sebagai contoh saya berjoging di sekitar kawasan IPG, berjoging ke pantai dan berjoging menuju ke kawasan sawah padi di dalam kampung.  Di sini saya telah melakukan aktivti fizikal mengikut Piramid Fizikal yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.



 

 


 

 

 

Seterusnya, saya juga melakukan aktiviti mendaki semasa berada di IPG hasil daripada usaha pensyarah mengadakan aktiviti di luar kampus. Pengalaman mendaki Bukit Maras merupakan aktivti pendakian saya yang pertama dan saya merasakan bahawa mendaki adalah lebih mencabar dari setakat berjoging. Aktiviti ini memerlukan kekuatan otot di seluruh badan dan juga stamina yang tinggi bagi mendaki sehingga ke puncak. Bagi saya mendaki bukit adalah lebih mudah berbanding daripada menuruni bukit. Hal ini kerana saya telah menghabiskan stamina untuk menaiki dan menuruni bukit mempunyai cabaran tersendiri seperti tergelincir atau hilang keseimbangan badan akibat dari tanah yang curam.



 

            Saya juga turut mengamalkan prinsip FITT semasa melakukan aktiviti senaman seperti aktiviti SEGAK yang dijalankan di dalam kelas GKK. Saya melakukan aktiviti ini setiap kali sebelum memulakan aktiviti riadah atauoun selepas bagi membina ketahanan fizikal badan secara menyeluruh. Sebagai contoh, aktiviti SEGAK sepperti tekan tubi meningkatkan daya tahan kekuatan otot manakala aktiviti jangkauan melunjur dapat meningkatkan tahap kelenturan badan. Hasil daripada keputusan pre SEGAK memberi saya kesedaran bahawa saya tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat dan saya mengharapkan agar kehidupan saya di IPG ini dapat mengubah diri saya untuk menjadi seorang cikgu yang cergas kelak.

            Kesimpulannya, prinsip FITT dan Piramid Fizikal memberi saya gambaran bagaimana aktiviti fizikal harus dijalankan dan secara tidak langsung membantu saya untuk meningkatkan kecergasan saya sendiri. Saya sebagai siswa guru perkukah mengambil serius tentang Prinsip FITT dan perlu berdisiplin dalam melakukan aktiviti fizikal agar tidak menjadi seorang cikgu yang tidak cergas. Subjek GKK ini juga membuka pandangan saya tentang kebaikan menjaga kesihatan sendiri dan saya bersyukur untuk mempelajari subjek ini pada Semester 1 walaupun terdapat halangan Covid-19 pada masa ini.

PIRAMID FIZIKAL DAN PRINSIP FITT

  Kesihatan merupakan satu aspek yang penting dan perlulah dijaga dengan melakukan aktivit fizikal secara konsisten setiap hari. Namun, pada...