Menurut GPSBestari.com. (2018), SEGAK ialah singkatan dari perkataan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia. Perkataan SEGAK mula digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bermula pada tahun 2006. SEGAK merupakan satu ujian yang menetukan tahap kecergasan seseorang individu. Matlamat SEGAK adalah untuk mengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal kendiri, Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri, Mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri dan mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk mencapai tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.
Ujian SEGAK mempunyai lima komponen utama iaitu :-
- Pengiraan Indeks Jisim Badan
- Ujian Naik Turun Bangku selama 3 minit
- Ujian Tekan Tubi atau Tekan Tubi Ubah Suai
- Ujian Ringkuk Tubi Separa
- Ujian Jangkauan Melunjur
Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian yang dijalankan secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.
Ujian Bleep Test
Bleep test adalah ujian yang digunakan oleh pelatih untuk mengira anggaran VO max iaitu pengambilan oksigen secara maksimum oleh atlet apabila ujian dijalankan. Ujian ini melibatkan larian secara berterusan di antara dua garisan yang terpisah dalam jarak 20 meter. Pelari akan berdiri di belakang garisan pertama dan menghadap garisan kedua dan ujian bermula apabila pertama kedengaran. Tahap kelajuan larian agak perlahan pada permulaan ujian. Pelari akan berlari secara berterusan dan perlu menghabiskan jarak larian sebelum bunyi "beep” yang seterusnya. Sekiranya pelari mencecah garisan sebelum bunyi beep. Pelari tersebut harus menunggu sehingga bunyi beep seterusnya kedengaran Selang masa bunyi ini akan berkurangan lalu memaksa atlet untuk meningkatkan kelajuan larian mereka sehinggalah mereka tidak mampu lagi mengikutinya ataupun selesai menghabiskan ujian ini.
Berdasarkan jadual 1 yang dipaparkan di atas, ujian pre SEGAK saya mencatatkan bahawa BMI saya ialah 19.6. Hasil BMI ini didapati daripada pengiraan universal BMI yang menggunakan gabungan berat dan juga tinggi yang dipaparkan di jadual atas. Ukuran BMI itu menunjukkan bahawa saya berada di ‘borderline’ kurang berat badan. Saya berharap untuk menambahkan berat badan bagi mengimbangkan berat badan dengan tinggi saya. Penambahan berat dapat membantu saya untuk mengubah bmi kepada normal.
Pada ujian naik turun bangku, bacaan denyutan nadi yang saya perolehi adalah 97 seminit dan denyutan nadi saya berjaya mencapai bawah 100 denyutan seminit. Kadar denyutan nadi ini menunjukkan saya mempunyai teknik pengawalan nafas yang betul.
Selain itu, pada ujian tekan tubi pula, saya hanya memperolehi tekan tubi sebanyak 9 sahaja. Hal ini disebabkan oleh saya tidak dapat bersukan setelah Perintah Perkawalan Pergerakan diumumkan pada awal Mac 2020. Kesan saya kurang aktif menyebabkan otot saya tidak mampu untuk melakukan senaman otot. Saya berharap agar dapat meningkatkan jumlah tekan tubi pada post SEGAK kelak.
Bagi ujian ringkuk tubi separa pula, jumlah ringkuk separa yang dapat saya lakukan pada ujian pre SEGAK sebanyak 20 kali. Bilangan ini tidak memuaskan bagi saya kerana saya tidak dapat melakukan jumlah ringkuk tubi separa yang penuh. Saya bercadang untuk melakukan senaman untuk melatih otot abdominus pada setiap petang bagi menambah bilangan ringkuk tubi separa..
Seterusnya, bacaan bagi jangkauan melunjur saya pada peringkat pre SEGAK menunjukka bacaan 17 cm. Jangkauan melunjur saya menunjukkan nilai yang rendah akibat dari kurang fleksibiliti daripada bahagian peha dan saya akan cuba melakukan aktiviti kecergasan bagi menambahkan daya fleksibiliti badan.
Akhir sekali, bilangan larian yang saya mampu lakukan dalam ujian bleep test hanyalah level 3.2 pada ujian pre SEGAK. Hal ini boleh diperbaiki dengan melakukan aktiviti senaman joging di waktu petang bagi menambahkan daya tahan kardiovaskular. Dengan ini, saya dapat meningkatkan level bleep test di post SEGAK kelak.
Kesimpulannya, ujian SEGAK ini dapat menyedarkan saya untuk mengamalkan gaya hidup sihat tanpa paksaan dari mana-mana pihak individu. Saya berharap dengan ujian SEGAK ini dapat membantu saya mendapatkan semangat untuk melakukan aktiviti senaman dan mendorong para gutu mempunyai tahap kecergasan yang tinggi.